Memang tidak boleh kita nafikan kenyataan bahawa ajal maut,jodoh,rezeki di tangan Tuhan…dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini, pegangan pd kenyataan tadi membuatkan kita mengakui dgn yakin bahawa hanya Dia Yang Maha Berkuasa.
Tidak berniat untuk menghuraikan secara serius dan terperinci….aku hanya ingin berkongsi rasa syukur aku sebab dgn memperakui kenyataan tadi..aku menjadi insan yang lebih baik dan rendah diri. Ukuran kepada lebih baik tidak aku tujukan dalam bentuk fizikal tetapi lebih dalam bentuk rohani. Setiap hari, kenyataan ini membantu aku untuk sentiasa ingat pada-Nya. Dan dgn ingat pada-Nya, turut membuatkan aku ingat pada orang2 yang aku sayang… Alhamdulillah, aku rasa Dia dah tentukan jodoh untuk aku dan memberi peluang untuk aku mencari rezeki di bumi-Nya…cuma kini aku sedar yang ajal maut aku jua akan ditentukan oleh-Nya.. “Aku bersyukur di atas segala rahmatmu..Ya Allah”
Bercakap soal jodoh, aku bakal mempunyai tunang dalam masa bbrp hari dari sekarang. Semoga segala urusan dipermudah dan semoga hubungan ini dirahmati. Beri aku kekuatan dan izinkan aku bertindak sebagai seorang yang lebih bertanggungjawab..Amiin. Untuk bakal tunang, terima kasih untuk segalanya…aku cinta kamu.
Dalam hal rezeki, aku jua tidak dapat berhenti dari mengucapkan syukur pada-Nya..aku kini ada kerjaya yang agak stabil..(cuma keadaan ekonomi dunia yang buat aku rasa x stabil)…cukup untuk aku hidup dan merasa sedikit kesenangan sementara di bumi….dan aku sangat tahu dgn lumrah manusia yang tidapk pernah merasa cukup…..jadi, aku tegah diri aku untuk merasa begitu..sbb aku tau sekurang-kurangnya aku masih punya rezeki yg cukup berbanding mereka2 yang berjuang untuk hidup…“Ya Allah..berikan kekuatan kepada seluruh hambamu terutama di Palestin”
Cuma satu perkara yang suka untuk aku kongsi, sehingga ke hari ini…aku x boleh buang rasa bersalah sbb x sempat nak berkongsi sedikit rezeki aku dgn mak aku…Allah lebih sayangkan arwah… dan tiba-tiba di saat aku menaip ni, aku rasa sepatutnya aku lebih banyak sedekahkan Al-Fatihah dari meratap rasa bersalah tadi..Al-FATIHAH. Semoga ibu aman di sana.
Rezeki Allah datang dlm banyak cara dan sebelum tu, aku nak kongsi rasa syukur dengan sahabat baik aku, saudara Niezwan aka Wanek atas kelahiran putera (anak ke 2) beliau.. satu lagi rezeki yang sangat bernilai. InsyaAllah, kalau aku jua diberi rezeki atau lebih tegar ditakrif sebagai amanah ini, akan aku hargai sedaya mungkin.. sepertimana aku sentiasa ingin rasa dihargai. Kongsi sikit gambar baby dia..

Selalu aku lihat orang berjaya dan diberi rezeki melimpah ruah dan seringkali juga aku buat perbezaan….ada yang kaya dan sangat rendah diri lagi mulia….yang kaya tapi seakan tak pernah ade rasa nak bersyukur….yang miskin tetapi sentiasa redha..yang miskin tetapi tiada usaha malah lebih kerap menyalahkan tanpa punca…… Kenapa manusia sering tidak nampak, manusia buta selalu membuatkan manusia celik rasa yang mereka sebenarnya ‘buta’.. Bersyukurlah wahai anak Adam…
Apapun, aku sebagai hamba yang hina ingin memanjatkan rasa syukur atas jodoh, rezeki dariMu..Ya Allah
Mungkin bagi sstgh org, pertunangan masih belum boleh dianggap sebagai jodoh…selagi akad nikah tidak dilangsungkan…..sekurang-kurangnya buat masa ini..aku dpt rasa yang Dia dh tentukan jodoh aku.